Tajuk di atas ini bermaksud blog ini lebih banyak bercerita tentang teknik-teknik bermain gitar akustik (gitar tong). Saya sebagai penulis blog ini mengakui bahawa "Saya jarang bermain gitar elektrik kerana saya bukan seorang kaki SHRED". Sudah bermacam-macam cara untuk bermain seperti peluru namun hingga kini tidak kesampaian. Oleh itu, saya telah beralih kepada gitar akustik memandangkan ia tidak memerlukan speaker atau tenaga elektrik untuk berbunyi. Tambahan pula, jenis-jenis lagu yang selalu saya dengar adalah 70% akustik. Ada plucking-plucking gitu... dengan kata lain FINGERSTYLE. Sebab itu saya suka menggunakan nick 'fingerstylo' bila melayari internet.
Setelah sekian lama meninggalkan alam blogging, tiba-tiba timbul pula rasa rindu untuk berkongsi teknik peng"gitar"an. Ha ha ha... Tetapi hendak mula dari mana, saya tidak pasti. Tunggulah kemaskini dari saya dalam masa terdekat ini...
JUMPA LAGI!
Thursday, May 21, 2009
Totally Acoustic
Disediakan oleh: fingerstylo pada 11:47 PM 2 comments
Thursday, November 27, 2008
Power Tab & Guitar Pro
Kali ini saya ingin bercerita tentang perisian-perisian yang membolehkan anda memajukan lagi kemahiran bermain gitar anda. Perisian-perisian yang saya maksudkan itu mempunyai kemudahan yang cukup luarbiasa lebih-lebih lagi kepada mereka yang lebih suka belajar sendiri di rumah tanpa bersusah payah ke kelas gitar.
Dua perisian yang telah saya kenalpasti dan cuba ini adalah Power Tab dan Guitar Pro. Sesiapa sahaja yang berjinak-jinak di alam gitar pada zaman ini memang beruntung. Proses untuk lebih mahir lebih laju daripada zaman sebelum ini. Masa saya mula belajar gitar dulu? Ha ha ha. Cuma berpandukan pada BUKU KOD GITAR bersaiz mini. Kemudian saya belajar membaca tablature dari majalah R.O.T.T.W dan majalah Guitar Techniques. Masa itu tengok tab sambil dengar audio dari kaset atau CD.
Berbeza dengan software, zaman sekarang semuanya mudah. Dengan adanya Power Tab dan Guitar Pro, bukan sahaja tengok tab sambil dengar bunyi malahan kita boleh menggubah lagu sendiri! Semuanya menggunakan kemudahan MIDI. Apa yang menarik, anda boleh melihat di fret mana dan tali ke berapa sambil mendengar bunyinya sekali. Jika ada yang mengatakan "DULU-DULU PUN BEGITU...TAB MEMANG MENUNJUKKAN FRET DAN TALI MANA YANG PERLU DIMAINKAN...", mereka silap. Power Tab mahupun Guitar Pro bukan setakat menunjukkan tab semata-mata. Apabila tab dimainkan, kita akan dapat melihat sendiri nombor-nombor pada tab akan menyala seiring dengan lagu. Itu namanya konsep REALTIME.
Satu lagi yang menarik mengenai software-software ini, kesemua fail yang dimainkan adalah bersaiz kecil... dalam beberapa KB sahaja. Bagi mereka yang rajin belajar, sudah tentu boleh menguasai beratus-ratus atau beribu-ribu lagu dalam masa yang singkat!Wau!!
Jadi bagaimana? Anda mahu belajar lagu Canon D Rock? Sweet Child Of Mine? Eric Clapton? Ha ha ha... berlambak tablature format Power Tab atau Guitar Pro di internet. Dulu-dulu, saya korbankan wang saku mengikat perut untuk membeli majalah gitar bulanan. Harga jangan cakaplah... mahal. Saya bukan mampu beli tiap-tiap bulan. Sekarang? Download Free! Segala-galanya percuma. Betapa bertuahnya budak-budak di masa kini.
Kepada mereka yang ingin mendapatkan fail-fail lagu format Power Tab atau Guitar Pro, silalah layari website di bawah ini:
www.ultimate-guitar.com
www.911tabs.com
Sekian untuk kali ini. Jumpa lagi!
Disediakan oleh: fingerstylo pada 11:44 PM 1 comments
Tuesday, October 14, 2008
Infinatez singing Hinonggo
Hallo...
Wah... ini bukan lagi pemalas... saya sudah layak menerima 'anugerah' SUPER PEMALAS. Agak lama blog ini menyepi. Tab gitar untuk lagu Gabe Bondoc pun belum lengkap. Minta maaf ya...
Dijelaskan secara ringkas, tab gitar lagu yang dimaksudkan di atas telah hilang dalam simpanan saya. Sayang betul! Tab itu dihasilkan oleh saya sendiri... maknanya saya kena membuatnya semula. DAN... apa yang memeritkan... hingga kini tab itu belum dibuat kerana masih mengharap TAB YANG HILANG itu muncul semula. Sudah berapa 'kurun' berlalu? Saya akan cuba menyiapkan tab itu secepat mungkin. I'm so sorry...
Ehem... bercakap tentang topik di atas, saya sangat berbesar hati untuk berkongsi dengan kalian betapa berbakatnya kumpulan INFINATEZ ini. Mereka bukan sahaja tahu lagu bahasa kebangsaan, mereka pernah membuat beberapa 'cover songs' yang berbilang bahasa ^_^. Lagu dari Jepun, Itali... semua sudah dicuba. Tidak percaya? Sila ke www.youtube.com dan taiplah 'Infinatez'. Saksikan sendiri dan benarlah saya tidak berbohong. Ha ha ha!
DAN kali ini... Infinatez maju selangkah lagi dengan menyanyikan lagu berbahasa Dusun. Saya ulangi kata-kata saya di perenggan sebelumnya "saya sangat berbesar hati untuk berkongsi dengan kalian" tentang mereka ini. Khabarnya, mereka akan masuk studio untuk merakam lagu Dusun yang bertajuk "Hinonggo". Mari kita tonton video berikut:
Tidak sabar pula saya menantikan versi studio. He he he!
p/s Sorry sekali lagi... nampaknya artikel saya kali ini benar-benar OUT OF TOPIC. Ha ha ha. Tiada cerita gitar. Wujudnya artikel ini kerana 'keterujaan' di dalam jiwa saya. Waduh...waduh...
Disediakan oleh: fingerstylo pada 9:23 AM 3 comments
Saturday, August 30, 2008
A Letter by Alvin aka Defoo - Infinatez
To all my beloved friends,
Be it from Sabah, Sarawak, KL and semua di Semenanjung Malaysia. I would really need your help, I'm representing Infinatez and our INF team.
Alhamdulillah Infinatez now is moving in a correct direction, we are getting invitation to appear in various events, shows, interviews etc. To those yang sudah dengar our songs "Paparazzi", "Ada Masa" & "Sayang Kinabalu", we hope you enjoyed it. Kalau belum you can listen to it here - myspace.com/infinatez
Ok, the help yang I need from you guys is to request our songs to be played in radio stations. To be exact we would like you guys to request "Ada Masa" as it is our latest single, tapi you guys boleh juga request our other songs.
One way is to request it at Xfm (previously known as Xfresh), ni link dia - http://www.xfresh.com/radio/zpx.asp
One thing at a time, we can focus on Xfm first. But if you prefer other stations like Suria fm, you can do so. You probably get a listen to it at DJ Hairil's Suria Intro every Sunday. To listeners in Sabah, you can ask DJ Othoe to play it @ Suria Pagi Kinabalu 105.9fm.
Guys, we really need your help on this one. Again, do have time to listen to it at our myspace and if you like it, kindly do request for it. We hope that our songs could be heard all over the country, and the rest of the world.
ps: Infinatez will be back with more sounds. We promise.
Thank you.
Yours truly,
Alvin MY aka Defoo
Disediakan oleh: fingerstylo pada 12:48 AM 0 comments
Wednesday, February 27, 2008
Gentlemen Don't by Gabe Bondoc
Untuk memainkan lagu ini, kita kenalah tahu bahawa ia mempunyai beberapa bahagian. Senang sahaja, antaranya adalah intro, verse, chorus dan bridge. Bermakna, ada 4 pattern chord progressions yang perlu kita kuasai dalam lagu ini. Intro dimainkan dalam bentuk plucking. Untuk intro, ada part yang susah untuk saya kejar iaitu part mengetuk gitar. Ha ha ha... carilah mp3 lagu ini dan dengar sendiri part mengetuk gitar itu. Ia memerlukan timing yang tepat. Fuh... belasan kali mencuba barulah dapat menyamai cara main dalam mp3. Bahagian yang lain pula iaitu verse, chorus dan bridge ia dimainkan secara fingerstyle. Bukan struming biasa. Ia memerlukan penjarian p,i,m,a. Ibu jari bermain bass dan jari-jemari yang lain bermain voicing lines.
|
Disediakan oleh: fingerstylo pada 5:24 PM 1 comments
Thursday, February 14, 2008
Gabe Bondoc
Fuh... Lama juga saya tidak turun ke 'ladang'. Kali ini saya paparkan sedikit cerita tentang Gabe Bondoc. Cerita ini adalah berdasarkan apa yang telah saya baca mengenai beliau. Pernahkah anda mendengar lagu-lagu dari John Mayer? Jika pernah, Gabe Bondoc adalah John Mayer versi ringkas - setakat pendapat sayalah. Ini kerana, agak susah sedikit untuk memainkan lagu-lagu John Mayer yang menggunakan key-key yang sangat aneh dan tempo yang aggresif. Ha ha ha... Sedangkan Gabe Bondoc lebih lembut. Maklumlah Gabe bukan dipengaruhi John Mayer sepenuhnya. Beliau juga dipengaruhi oleh David Ryan Harris. Sebenarnya banyak lagi pengaruh dalam karya beliau namun John Mayer dan David Ryan Harris diakui sendiri oleh Gabe telah mempengaruhi gaya muzikalnya - MOSTLY.
Saya benar-benar jatuh hati dengan karya beliau sebaik sahaja mendengar lagunya buat pertama kali dan semangat "gitar akustik" dalam diri saya semakin berkobar-kobar setelah sekian lama tidak dihidangkan dengan lagu-lagu seumpama itu. Beberapa tahun dahulu, saya mendengar karya John Mayer tetapi susah untuk membawakan lagu-lagunya kerana key yang pelbagai dan cara strum yang dahsyat sehingga sakit jari-jemari. Nasib baiklah wujudnya Gabe Bondoc, sekurang-kurangnya saya tidak kempunan memainkan lagu akustik. Ha ha ha...
Untuk maklumat lanjut mengenai Gabe, layarilah laman MySpace ini:
http://www.myspace.com/imgabe
Artikel saya yang bakal mendatang ini adalah perbincangan mengenai lagu Gabe yang bertajuk "Gentlemen Don't".
Jumpa lagi...
Disediakan oleh: fingerstylo pada 8:17 PM 0 comments
Wednesday, January 23, 2008
Love - Musiq Soulchild
Sepertimana yang dijanjikan, kali ini saya ingin membincangkan lagu Musiq Soulchild yang bertajuk "Love". Lagu ini memang soul habisss... Menurut pendengaran saya, ia dimainkan dalam key C#minor 7. Jangan susah hati, diagram di bawah memudahkan anda mencari key-key yang bakal saya sebutkan.





C#m7
Love
------------Bm7----------E7
So many things I've got to tell you
-------------Amaj7
But I'm afraid I don't know how
------------------A aug./ D#
Cause there's a possibility
---------G# aug.
You'll look at me differently
Bahagian Korus:



A#m7b5---A maj.7
Love
----------G#m7--C#m7----F#m7
So many people use your name in vain
A#m7b5---A maj.7
Love
--------------G#m7--C#m7-------F#m7
Those who're faith in you sometimes go astray
A#m7b5---A maj.7
Love
--------------G#m7--C#m7-----F#m7
Through all the ups and downs the joy and hurt
A#m7b5---A maj.7
Love
--------------G#m7--C#m7-----F#m7
For better or worse I still will choose you first
A aug./ D#---G# aug.
Oooo.................Oooo
Disediakan oleh: fingerstylo pada 6:17 PM 0 comments